Produk Halal Tanggungjawab Bersama
BERMALAM DI HOTEL EL-ZAHRAA INN HPA
Filed under: El Zahraa Inn

el-zahraa-inn1

el-zahraa-inn11

el-zahraa-2

HOTEL EL-ZAHRAA INN BDR HPA SG.PETANI. (SEBELAH RFC LENGENDA HEIGHTS)
TEL: 04-4259144 / 04-4259150 FAX: 04-4259131

SUPERIOR SINGLE : RM90.00
SUPERIROR DOUBLE : RM100.00
DELUXE ROOM : RM120.00
EXECUTIVE ROOM : RM150.00

Share/Save/Bookmark

admin @ 1:17 PM
PELANCARAN ALBUM HPA RAIHAN
Filed under: HPA Terkini

Insyallah pada 17hb March 2010, HPA Raihan akan melancarkan Albun Baru ” Musafir Perjuangan” dan “Selawatherapi” serta Produk aromi terapi RAIHAN. Akan dilancarkan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan haji Ismail Bin Haji Ahmad

raihan-pu1

Raihan bersama Pengarah Urusan

raihan-dew1

Raihan & Produk Baru Penapis Air Dew

raihan-rfc1

Menjamu selera di RFC

Share/Save/Bookmark

admin @ 1:07 PM
RANGKAIAN RESTORAN HPA
Filed under: HPA Terkini

rangkaian-restoran4

RADIX FRIED CHICKEN, RADIX CHICKEN HOUSE, RADIX ORIENTAL CUISINE, ORGANIC RECIPE, RADIX PIZZA HOUSE DAN RADIX BAKERY HOUSE

Share/Save/Bookmark

admin @ 11:38 PM
KHASIAT CUKA NIPAH HPA

cuka-nipah-hpa

Produk Cuka Nipah HPA yang baru dipasarkan adalah cuka asli yang boleh dijadikan ubat. Lebih berkhasiat lagi jika dicampurkan dengan Madu Asli HPA.

Minum cuka setiap hari akan menghilangkan lebihan lemak dalam badan. 1/3 sudu teh cuka dimasukan dalam satu gelas air dan dicampur dengan 2 sudu teh madu lebah. Minum dalam keadaan suam pada waktu malam ketika hendak tidur. Cuka HPA di buat dari cuka nipah yang asli bukan dari cuka sintetik kerana cuka sintetik tidak boleh dijadikan ubatan .

Madu + Cuka baik untuk Kencing Manis?

Madu boleh dijadikan ubat untuk kencing manis yang berkesan jika di campurkan dengan cuka asli seperti cuka kurma, cuka apel, cuka nipah dll. Dalam satu gelas sederhana masukan 1 sudu /senduk(ind) cuka dan 3 sudu madu bersama dengan air mineral.(1 :3) .jika keadaan gula masih tidak turun , boleh menggunakan nisbah cuka dan madu 1 : 1 dan jika masih tidak ada perubahan naikan nisbah cuka iaitu 2: 1 .

Cuka dan madu merupakan kaedah perubatan Islam yang sangat berkesan untuk perawatan kencing manis. InsyaAllah.

Rheumatoid Arthritis

Sejenis penyakit Autoimun yang menyebabkan pembengkakan terutama pada jari-jari tangan dan kaki . Berlakunya keadaan ini kerana tidak seimbang antara 4 unsur (tanah,air,api,angin) menyebabkan salah tafsir dalam sistem “kod” tubuh badan.

Cuka Nipah HPA adalah herba yang seimbang (tidak panas dan tidak sejuk) di minum 2 sudu besar pada tiap pagi dan dicampur dengan air kosong segelas (boleh di tambah madu). Selepas itu pengambilan 3 D dari produk HPA setiap hari 3 kali.

D Det - 1 x 3
D Deu - 3 x 3
D Karm - 3 x 3

Detox air dilakukan 1 minggu sekali .

Berbekam pada tiap-tiap bulan terutama pada 17 hb (elakan dari hari rabu) disamping itu banyakan mengambil sayuran hijau dan jangan mengambil daun kucai dan jenis kekacang. InsyaAllah.

Testimoni:

Pada 5hb. Jan 2010 saya mengikuti kelas mingguan di HPA Rawang. Pada malam tersebut pencermah undangan ialah PJS Ustaz Safwan. Beliau menceritakan bagaimana Cuka Nipah boleh menurunkan kadar gula dalam darah dalam tempoh beberapa hari sahaja. Kandungan gula dalam darah saorang pesakitnya telah turun dari 21.5 kepada 6. Beliau cuma mencampurkan satu sudu cuka nipah dalam secawan air suam dan meminumnya pagi, tengah hari dan malam. (Blog Jamaluddin Yeop Majlis)

Resepi Ayam Goreng Enak

Salah satu cara bagi mendapatkan rasa enak ayam ialah dengan merendamkan sebentar ayam tersebut dalam larutan air yang di campur cuka asli (10liter air : 1 sudu cuka asli HPA). kemudian barulah di goreng .InsyaAllah daging ayam terasa sangat sedap apatah lagi jika di goreng menggunakan tepung RFC yang telah pun berada semula dipasaran. Selamat mencuba.

Harga sebotol: RM12.00

Harga pengedar: RM10.00

Nilai mata: 2

Share/Save/Bookmark

admin @ 1:34 AM
SAKIT SENDI

shark

Shark cartilage plus adalah herba ubatan yang sangat baik untuk sakit-sakit sendi atau sakit seluruh badan. Jika terasa bisa-bisa badan ,makan 3 kapsul sebelum tidur dan pada waktu pagi pula ambil grapeseed (3 kapsul) dan minyak zaitun softgel (3 kapsul).

Kaedah pengubatan ini digunakan apabila pengambilan ardisia atau perubatan lain tidak berkesan. Badan akan terasa ringan dan sakit sakit seluruh badan akan hilang. InsyaAllah.

Share/Save/Bookmark

admin @ 3:57 PM
ANTIBIOTIK DALAM 3D

Bagi mereka yang mengalami alahan kepada antibiotik dalam grup penicillin contuhnya amoxycillin(keluar gatal-gatal seluruh badan atau bintik bintik darah)maka pehak doktor sering menggantikannya dengan group antibiotik yang lain seperti erythromycin atau augmentin akan mengalami pula keadaan demam disebelah malam dan lenguh di kawasan pinggang dan kaki.

Persoalannya,kenapa terjadinya alahan tersebut?
Alahan ini menunjukan bahawa tubuh badan menolak antibiotik tersebut bukan hanya antibiotik tetapi jika mengambil jenis cendawan juga akan mengalami riaksi tersebut.(penicillin berasal dari cendawan)
Demam malam dalam pengubatan herba menunjukan himpunan toksid yang tinggi tetapi tidak dapat dikeluarkan kerana kemungkinan ada organ-organ yang tidak berfungsi. Pengambilan antibiotik tersebut akan menyebabkan penyakit semakin parah dan perlu dihentikan.

Apakah herba HPA yang mempunyai kesan antibiotik yang kuat bagi kes-kes tertentu. Pengambilan kapsul 3D det boleh menggantikan semua jenis antibiotik dengan selamat.InsyaAllah.

Blog jawimedherb

Share/Save/Bookmark

admin @ 11:36 PM
KILANG BOTOL HPA
Filed under: HPA Terkini

tuan_haji
kilang-botol3

kilang-botol1

kilang-botol2

Kilang Botol HPA telah dirasmikan pada 4hb Feb 2010 oleh Pengarah Urusan HPA. Kilang botol ini terletak sebelah Kilang Cola Radix di Kawasan Industries Sg.Lalang HPA City Sg.Petani.

Baru-baru ini memo penurunan harga beberapa produk HPA telah dikeluarkan.Ini adalah disebabkan kos pengeluaran berjaya diturunkan dan salah satunya ialah kos botol.

memo

Share/Save/Bookmark

admin @ 1:20 AM
KECANTIKAN MUSLIMAH SOLEHAH
Filed under: Panduan Wanita Muslim

Tampil cantik dan menarik adalah idaman setiap wanita, ia bertepatan dengan fitrah yang telah ALLAH anugerahkan kepada semua wanita. Anugerah istimewa inilah menjadikan corak rumah tangga dalam Islam indah,berseri dan membahagiakan hasil dari gabungan idea dan dekorasi yang terhasil dari cetusan buah fikiran wanita. Cantik,elegan,menarik,menawan adalah cetusan rasa yang pasti terzahir dari bibir apabila pancaindera kurniaan Si Pemilik Cantik memandang sesuatu yang memikat hati. Apabila seseorang gadis dipuji dengan kata-kata seperti “Awak cantiklah”, maka akan menguntumlah senyuman dibibir dan berbungalah hatinya.

Begitulah fitrah wanita yang tidak pernah bosan untuk menjadi cantik dan kelihatan cantik. sudah menjadi adat manusia seronok apabila dipuji,kecewa apabila dikeji. Tetapi berbeza bagi wanita mukminah, dia akan merasa kerdil untuk berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Malahan sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan ALLAH kerana cantik itu adalah pinjaman dan pasti dipertanyakan di akhirat kelak. Pasti dibenaknya akan bergema firman ALLAH SWT dalam surah An-Nahl ayat 53 :

“Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu,maka daripada ALLAHlah (datangnya) dan
apabila kamu ditimpa oleh kemudaratan,maka hanya kepadaNYA kamu meminta pertolongan”

Cantiknya wanita mukminah adalah kerana pakaian malu yang dipakai setiap masa samaada semasa mengerjakan urusan dunia mahupun dalam melunaskan tuntutan bekalan akhiratnya. Lantaran sifat malu itu lahir daripada jiwa yang takut kepada ALLAH dan seksaanNYA. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Sifat malu dan iman adalah seiringan. Jika salah satu ditinggalkan,maka kedua-duanya akan hilang.” (HR. Baihaqi)

Di dalam agama Islam yang syumul lengkap disediakan petua-petua untuk menjadikan wanita cantik lagi menarik, tambah indah lagi apabila kita yang bergelar muslimah bersama-sama berusaha melengkap diri untuk menjadi Muslimah Solehah yang cantik dan menarik. Berikut disertakan beberapa petua untuk tatapan dan panduan bersama :

Jadikanlah Ghaddul Basor (menundukkan pandangan) sebagai ‘hiasan mata’,nescaya mata menjadi semakin jernih
Sapukan ‘lipstik kejujuran’ pada bibir, nescaya kita akan bertambah manis
Gunakanlah ‘pemerah pipi’ yang diperbuat daripada rasa malu dan iman
Pakailah ’sabun Istighfar’ yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang kita lakukan
Rawatlah rambut dengan ‘Hijab Islam’ yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan
Hiasilah kedua-dua tangan dan jari dengan ‘Gelang Tawadhuk’ dan ‘Cincin Ukhuwwah’.
Sebaik-baik kalung untuk kita adalah kalung ‘kesucian’
Bedakkanlah wajah kita dengan ‘air wudhuk’,nescaya wajah kita bukan sahaja putih tetapi bercahaya di akhirat.
Adab-adab sosial yang ditunjukkan Islam adalah untuk menjaga kemuliaan keluarga dan seterusnya masyarakat dan akhirnya negara. Islam menggariskan peraturan untuk wanita bukan untuk menyiksa tetapi untuk menjaga kemuliaan wanita itu sendiri kerana “Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita Solehah” begitulah gambaran dari Rasulullah SAW tentang wanita cantik yang solehah.
wanita-solehah

Berbahagialah kita jika berjaya memiliki ‘perhiasan asli’ ini kerana jalan kita pasti akan terpimpin ke syurga. Maha suci ALLAH yang telah memuliakan wanita, maka basahkan bibirmu dengan zikrullah kerana yang pasti syurgalah tempatmu.
Sabda Rasulullah SAW,” Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin,kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang disebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya,patahlah ia dan sekiranya kamu membiarkannya,kekallah ia dalam keadaan bengkok,oleh itu tolonglah kamu menasihati para wanita dengan sebaik-baiknya.”

(HR Bukhari,Muslim & Abu Hurairah)

Alangkah indah misi memperjuangkan produk HALALAN TOYYIBA,dilengkapkan pada diri si peniaganya hiasan akhlak wanita solehah yang pastinya menjadi value added yang nilai matanya tertulis di Luh Mahfuz menunggu tuntutan bonus syurga daripada ALLAH pemilik Gedung Niaga seluruh alam semester. Amin

Dari blog Herbalis jawi

Share/Save/Bookmark

admin @ 12:58 AM
RADIX SPORTS & RECREATION CENTRE
Filed under: HPA Terkini

Dengan adanya HPA Sport Centre ini permainan futsal, archery, go kart dsbnya, Food court RCH dan pelbagai lagi akan mengumpulkan anak belia kearah rehlah Islami….InsyaAllah.

HPA setapak lagi dengan perkembangan yang sentiasa ada dan tidak putus2 dengan idea untuk mengukuhkan ummah dan juga menyuburkan minda masyarakat dengan kehidupan Islami.

radixsport-centre21
radix-sport-centre11
radix-sport-centre32

Share/Save/Bookmark

admin @ 9:04 PM
MENARA HPA BAKAL JADI KENYATAAN & HPA TAHUN 2010
Filed under: HPA Terkini

menara-hpa
Menara HPA terletak di Sek.13 Shah Alam. Kini hampir 50% usaha kita untuk memiliki Menara HPA setinggi 12 tingkat di Sek.13 Shah Alam dengan kos RM60 juta.

HPA juga dipelawa untuk menjadi mentor bagi halal hub iaitu di Serkam, Melaka. Padang Besar, Perlis. dan Bukit Kayu Hitam, Kedah. 2009 HPA hanya mencapai 600,000 orang ahli dan target 2010 1 juta ahli bersama HPA.

2009 hanya 5 buah RFC dapat didirikan, tetapi 2010 ada 6 buah RFC lagi yang sedang dibangunkan yang melibatkan 3 fasa. fasa1,2,3. Fasa 3, bermaksud telah siap sepenuhnya iaitu di Kubang Kerian, Kuala Terengganu dan Kangar. Yang menunggu CF iaitu di Kuantan dan Shah Alam dan yang sedang menunggu iaitu di Sungai Ara dan Kuala Lumpur. InsyaAllah tahun 2010 HPA akan menggenapkan jumlah RFC sebanyak 25 buah.

Pada tahun 2010 HPA akan membuka HPA Halal Mart, iaitu 2 lot kedai yang merupakan mini market yang penuh dengan produk halal.

HPA juga telah memiliki pusat pendidikannya sendiri iaitu di Bukit Tambun, Pulau Pinang. Manhal iaitu bangunan 4 tingkat dengan kos RM 2.8 juta akan menempatkan anak-anak ahli HPA suatu hari nanti. Dalam masa 5 tahun Manhal akan menjadi Kolej Universiti dan 5 tahun selepas itu insyaAllah akan menjadi Universiti.

Perkembangan HPA diluar negara amat membanggakan iaitu 5 buah cawangan sudah dibangunkan di Thailand, pejabat HPA di Phnom Penh, Kemboja Radix Pizza House akan dibuka di Batam dan banyak lagi pejabat HPA akan dibuka di Indonesia.

Sama-sama kita berdoa kepada Allah yang maha kuasa moga usaha kita beroleh kejayaan dalam memperjuangkan produk Halal, Suci lagi Bersih. InsyaAllah.

Share/Save/Bookmark

admin @ 8:57 AM