Produk Halal Tanggungjawab Bersama

Mengenai Saya

gambaraya081

Nama saya Anita Bt Yusop berpendidikan Bac. Sc. in Agribusiness (UPM) , suami bernama Mohamed Yazid Bin Wazir dan mempunyai 5 orang cahayamata serta berasal dari Ipoh, Perak. Saya adalah seorang surirumah sepenuh masa dan sekarang ini sangat berminat dan selesa dalam menceburi home business.

Minat saya dalam dunia internet ini berputik setelah saya melayari laman web Saudara Irfan Khairi, jutawan internet yang terkenal. Dari situ, saya mula belajar sedikit demi sedikit dengan membeli ebook-ebook usahawan internet yang berjaya. Masa saya agak terhad sedikit oleh kerana saya ini seorang surirumah dan agak sibuk dengan urusan rumahtangga. Alhamdullilah, setelah mengembara lebih setahun dalam alam siber, dari zero, buta IT malah hendak hantar emel pun tidak berapa pandai, akhirnya saya berjaya menghasilkan blog saya sendiri yang pertama ini. Walaupun banyak kekurangannya tapi saya bersyukur sekurang-kurangnya ada hasilnya setelah berusaha tanpa jemu.

Tujuan blog ini adalah untuk berkongsi maklumat dan kesedaran terhadap produk halal dan toyyibah supaya kita akan lebih prihatin bahawa mencari yang halal itu adalah fardu bagi semua umat Islam. Kepada pengunjung-pengunjung blog ini terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan semoga kita bersama-sama memperjuangkan dan menyokong produk orang Islam kita sendiri, InsyaAllah.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di sini:-
Emel : myw@streamyx.com
Tel : 013-5180313

Share/Save/Bookmark