Alhamdulillah, pada cuti sekolah baru-baru ni, kami bercuti ke Utara . Hari pertama kami bermalam di Sg Petani. Kami sampai kat Sg Petani dah petang tak sempat nak pergi ronda-ronda. Lepas check in, kami pergi makan kat Restoran Radix Fried Chicken. Lupa nak bawa kamera…so tak de kenangan masa makan kat sini. Hari kedua pulak, kami pergi Kuala Perlis dan menginap di sana semalam.
Di depan Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis tempat penginapan kami. Di sebelahnya pula, deretan gerai makan. Memang best kalau makan kat tepi laut ni. Di sini banyak gerai dengan pelbagai menu yang menarik..
Waktu petang di tepi laut Kuala Perlis. Ramai orang berkunjung di sini pada waktu petang dan malam. Damai dan segar rasanya bila rehat kat sini..
Sebelum balik ke Ipoh, kami sempat pergi ke Gua Kelam. Mula-mula kami masuk ke Gua Kelam 1. Titi kayu ni agak kecil lebih kurang lebar 3 kaki dan perlu berhati-hati ketika berselisih. Di dalamnya agak sejuk kerana terdapat aliran air sungai di bawahya. Panjang perjalanan ni lebih kurang 300m
Di depan pintu masuk Gua Kelam 1
Afdhal takut nak jalan kat titi ni…
Lepas tu..pergi pulak Gua Kelam 2. Ada train yang akan bawa kita masuk dalam gua ni. Train ni tak besar, muat-muat gua je..Diameter gua tu saya rasa tak sampai 2 meter. Jauh perjalanannya lebih kurang 400m. Agak gelap sikit kat dalam ni…
Masa ni train menuju nak masuk gua.
Kat dalam Gua Kelam 2. Agak panas dalam ni berbanding Gua Kelam 1. Terasa gerun jugak masa kat dalam ni..rasa nak cepat keluar je…Gua ni adalah tempat peninggalan bekas perlombongan bijih timah satu ketika dahulu. Memang adventure masa masuk Gua Kelam ni…saya sebenarnya tak suka pergi tempat2 adventure macam ni…tapi beranikan diri jugak. Mulut saya pun asyik berzikir dan baca ayat2 Al Quran je..
Alhamdulillah masa jalan-jalan ni..Kopi Radix lah yang menjadi minuman kami sekeluarga untuk memberi tenaga..Mai secawan!!!! Cubalah..






besnye…sy pun nk gak. sy ambk artikel nie sbg panduan
Salam alkaisan…Silakan.